~::masyiemumtaz::~

masYie's

Friday, December 7, 2012

07.12.2012

Assalamu'alaikum..

07.12.2007 [Jumaat]

Jam 1.40 pagi: Baru lelap. Tiba-tiba gegar rumahku, emak mengejutkan kami semua yang ada di rumah itu dengan kata-kata "rumah kak imah kena rompak.. Cepat jom tolong.. Bangun anak-anak.."

Saya dengan keadaan mamai, terkebil-kebil.. Kebingungan... Apa ni? Apa ni? Apa ni?

Lantas emak menyuruh hadi dan amin pergi ke rumah akak. Nanti emak abah menyusul. Saya diarahkan untuk menjaga rumah dan dua orang adik lelaki saya yang sedang lena..

......
Malam itu, saya agak sukar untuk lena seperti hari-hari lain.. Lalu saya menghantar SMS kepada sahabat saya, Akalili "wess... xleh tido la...tak tahu kenapa.. ko dah tido ka?"
SMS punyer SMS maka saya pun terlelap.. Saya kira dalam jam 1pagi juga..

........

Saya yang jugak agak ketakutan masa itu, celikkan mata, berpeluk tubuh dek kerana kesejukan. Menunggu berita dari tempat kejadian. Pastikan rumah saya dalam keadaan selamat. Melihat adik-adikku sedang lena, Maarof a.k.a arof dan Syukri a.k.a syuk @ adik...
Sambil call abg yang satu lagi, abg emoh.. dia dok sewa kat Klang... Dia agak sukar untuk dikejutkan... Saya call banyak kali.. sampai mungkin handset dia dah mati.. Saya tak boleh nak call...Saya dengan terketar-ketar. Sambil berdoa.. Semoga semua selamat. Sambil juga SMS dengan adikku Amin, dia updates. 
      "Kak, doakan abg man [suami kak imah]. Dia luka teruk."
      "Anak-anak tak pape. kak imah pon x pape.. Abg man je yang kena teruk. Jap lagi ambulans datang.."
      "Kak, abg man dah dibawa ambulans. Abah pengsan kejap tadi..."
      "Kak, jaga diri dan rumah elok2. Dapat call abg emoh x?"

Dan berakhir dengan satu panggilan ringkas..
"Kak, sabar ya.. tabahkan hati.. Abg man dah pergi selama-lamanya. Allah sayang dia..."

Handphone terjatuh dari genggaman... Air mata mengalir dengan laju.. Hiba... Sayu... Lalu terus saya kejutkan adik-adik saya... 

Terus tak henti-henti al-Fatihah... Menunggu abg ku yang seorang, Dr Halid Yang bekerja dan tinggal di Slim River. Subuh.. Abg sampai. Kami dan berpelukan... Sambil sebut.. Anak-anak itu amanah kita...

**Kakak saya seorang lagi, kak Khadijah dan sekeluarga berada di Jepun ketika itu. Suaminya sedang melanjutkan pengajian dalam Bidang perakaunan peringkat Ijazah Sarjana.**

......................

Hari ini, 07.12.2012 [Jumaat]

Genap 5 tahun abg man [Abdur Rahman Bin Rahmat] telah kembali menghadap Allah.

Meninggalkan seorang isteri dan lima orang cahaya mata..
Sekarang mereka dah besar..

1) Luqmaanul Hakeem ~ nak mauk 14 tahun
2) Qurratul 'Ain ~ nak masuk 13 tahun
3) Muhammad Zubair Adham ~ nak masuk 11 tahun
4) Umar Haziq ~ nak masuk 9 tahun
5) Putri Balqis ~ 9.10 hari tu cukup 5 tahun...

Anak-anakku... Semoga kamu semua kuat dan tabah. Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah. Sayangilah ummi kamu... Hargailah dia... Hormatilah dia...

..........

Semoga abg aman di alam sana.
Semoga kita berjumpa di sana abg!

"Anak-anak itu amanah kami!"




2 comments:

  1. Ak still ingat lagi pagi tu..Allah lebih sygkan dia..moga dia aman di alam sana..alfatihah..

    ReplyDelete

Komen laa.. walau seAYAT... hehe.. Syukran! =)