~::masyiemumtaz::~

masYie's

Monday, December 31, 2012

December Penuh Hikmah

Assalamu'alaikum

Hari Terakhir December...
Kuselongkar kisah dan apa yang dikisahkan kepada diri ini
Sepanjang December 2012
Untuk tatapan hati dan diri ini serta pembaca semua

Pertama: Kisah seorang kakak
      Kakak ini telah bernikah dengan seorang muslim yang datangnya dari Kemboja. Kakak ini bakal tinggal di negara tersebut pada awal tahun depan bersama suami tercinta dan seorang anak.[baru seorang]. Kakak ini aku kira ujiannya sangat hebat. Kisahnya juga boleh dijadikan iktibar buat diri aku.[macam ada kaintan je kan?]. Sebelum kakak ini nikah, dia telah mengenali lelaki yang bergelar suaminya sekarng ini melalui seorang seniornya. Senior ini tarbiyah nya lagi mantap.. Suaminya di kem tahanan tanpa pembelaan dan perbicaraan. Kakak ini hadapi mehnah untuk menuju alam pernikahan. Sehingga terpaksa putus. Dan sambung semula. lalu nikah. Cukup Syahdu. Ia sedikit sebanyak memberi aku kekuatan diri dan emosi bahawa "kalau dah jodoh, memang tak kan ke mana, in Shaa Allah..Aamiin"... Hatiku semakin kuat dan yakin...


Kedua: Kisah Seorang sahabat
       Seorang sahabat yang hebat dalam berfikir dan berkata-kata. Katanya simple tapi bermakna. Sahabat ini telah bernikah sebagai isteri kedua kepada seorang yang hebat. Suaminya hebat. Isteri pertama kepada suaminya juga mantap. Dua-dua satu akidah dan perjuangan. Sangat terkesan. Hanya mampu ungkap perkataan ini " 'AZHIIM!!!!!!!'.. Sangat kagum... Semoga syurga milik mereka.. Semoga diberkati Allah jalan yang pilih mereka itu.. Kekal ke syurga akhirnya...


Ketiga: Kisah seorang adik
       Adik yang tak pernah kenal dan jumpa... Bercerita kisah silamnya.. Hebat Allah uji dia. Sekarang dia sedang berusaha untuk berubah menjadi lebih baik. Didoakan semoga terus istiqamah dalam kebaikan.. Ceritanya itu menjadikan aku berfikir lebih matang. Setiap insan di dunia ini, ujiannya berbeza-beza. Semoga kita sentiasa diberi hidayah oleh ALLAH... Dan juga sentiasa mencari sinar HIDAYAH itu...


Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engaku memesongkang hati-hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhNya engkau jualah Yang Melimpah-limpah PemberianNYA..


Keempat: Kisah Kemalangan
          Kuda Putihku telah dilhentam dari belakang oleh sebuah kereta Ford... Allah uji... Semoga SABAR, TABAH & CEKAL sentiasa ada dalam hati dan diri ini...






Semoga Segala urusan ku di dunia ini dipermudahkan dan diredhai Allah.... Semoga tahun 2013 memberi sinar baru buat diriku yang layu...



4 comments:

  1. huih,.bengkak ler ekor kuda tu,..
    um,..moge kelayuan disinar mentari bersama pelangi,.memadamkn segala jerih dikala hujan,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan adik sorang ni mmg x abis sampai hujung tahun

      Delete
    2. abes la,...mst ley abes punye,...
      mst ade penamat,..hihihi

      Delete
    3. penamatnya akk mati atau awak mati... ok sekian..

      Delete

Komen laa.. walau seAYAT... hehe.. Syukran! =)