~::masyiemumtaz::~

masYie's

Wednesday, February 13, 2013

Achik Garang!

Assalamu'alaikum...
Allahumma Solli 'ala Muhammad..

"Achik ni garang la..."

"Ya.. Memang achik garang!"

Semua anak-anak penakan aku kata Achik ni garang.. Ya.. Diakui..

Kenapa???

Sebab Achik akan garang bertempat. Time Achik tegas memang tegas. Time Achik mesra, manja memang mesra dan manja..
Semua anak2 Achik pernah rasa kena marah dengan Achik. Semuanya bersebab. Antara sebab, lambat nak Solat, Lambat nak mengaji, Tak kemas bila dah sudah makan. Makan tangan kiri. Macam2 lagi lah kan...

Aku mulai punyai anak penakan sejak berumur 7 tahun.. Masa tu memang masa mentah lagi.. akan tetapi aku mulai belajar menjaga anak2 itu sedari darjah 5. Sedang ummi ayah mereka pergi berjuang menegakkan agama Allah.. Sampailah sekarang memang kerja part time jaga anak penakan bila time cuti sekolah panjang. Pantang ada cuti panjang, pasti ada saja mesej berbentuk begini " hang free dak minggu ni? Depa ni nak tinggal kampung.."

Sekarang anak-anak penakan ada yang dah besar.. Paling tua umur 18 tahun. Bujang sudeh... Sekarang baru depa tahu kenapa Achik garang.. Bila dah besar2 ni, mereka jadi kamcing... Dan saiz badan aku lebih kecil daripada mereka... HAHAHAHAHAH....

Achik sayang anak-anak Achik...



No comments:

Post a Comment

Komen laa.. walau seAYAT... hehe.. Syukran! =)